Friday, 18 October 2013

A K U K E C E W A



yes, i do. i'm very disappointed.
kecewa.
kecewa dengan mereka.
kecewa sebab dia orang talam dua muka.

aku tak tau kenapa dierang selalu lemparkan ayat-ayat yang buat aku terasa hati, buat aku sakit, buat aku sedih. Aku kecewa.

Aku kecewa sebab aku tak nampak ke-ikhlas-an dierang berkawan dengan aku.
Aku kecewa sebab aku tak nampak ke-jujur-an dierang berkawan dengan aku.

bila susah cari aku, ada masalah cerita kat aku. ye memang aku tolong. aku rasa aku tak pernah tak tolong. atleast aku dengar dan kata "sabar jelah" "tkpe, ade hikmah". tapi bila aku cerita? tak semua dengar.
kenapa aku boleh ada untuk korang semua, tapi korang tak boleh ada untuk aku? ye, aku akui ada yang sentiasa dengar cerita aku. memang ada. tapi korang bukan simpan rahsia tu. korang cerita dengan orang lain. pastu kutuk. pastu cakap aku over. AKU TAHU.

Aku tak kisah ade sorang kawan. tapi kawan tu mestilah yang faham aku. simpan rahsia aku. tak cakap yang buruk-buruk pasal aku belakang aku. Daripada ade ramai kawan tapi semua macam hantu.

ye, mungkin aku emo. mungkin aku cepat terasa, mungkin aku kadang-kadang anggap gurauan tu betul lately ni. korang nak tahu kenapa? sebab aku dah cukup penat pekakkan telinga, butakan mata, bisukan bicara aku selama aku di sekolah menengah kebangsaan senai ini. sejak aku form 1 sampai form 3 ni. aku penat. macam-macam korang cakap pasal aku. cakap aku gedik. cakap aku perampas (baik kawan mahupun boyfriend). cakap aku attention seeker. Cakap aku macam macam. aku dah penat bersabar. aku dah penat tabahkan hati. aku dah penat kuatkan hati.

aku tak tau kenapa korang mesti downkan aku bila aku baru nak bahagia.
aku tak tau kenapa korang selalu sedihkan aku bila aku baru nak senyum.
aku tak tau kenapa.

aku pelik dan hairan... kenapa korang selalu ingat aku bahagia? kenapa korang selalu ingat aku gembira? kenapa korang selalu ingat aku disayangi ramai? AKU TAK MACAM SELALU YANG KAU SANGKA. Aku selalu sedih. Aku selalu kecewa. Aku selalu terseksa. Tapi aku tahu. Allah itu Adil. Kehidupan ini ibarat roda. aku tau aku tak akan selalu gembira. aku tahu aku tak akan selalu menderita. aku tahu. aku pernah rasa semua. aku pernah rasa susah. aku pernah rasa senang. aku pernah rasa kehilangan. aku pernah rasa kedatangan. AKU PERNAH. AKU REDHA.


Aku tak kecewa dan kesal dengan ketentuan Allah. InsyaAllah sekali pon tak pernah.
Cuma, aku kecewa dan aku kesal. kenapa korang tak ikhlas berkawan dengan aku. Aku dah cuba jadi kawan yang terbaik untuk korang. ye mungkin bukan aku je yang rasa macam ni dengan korang. mungkin korang lebih kecewa, kesal dan MUNGKIN MENYESAL kawan dengan aku :') takpe aku tak kisah.
cuma aku nak ingatkan. nak kawan dengan aku, berkawanlah secara baik. tak nak kawan dengan aku, tak payahlah berkawan. tapi dengan cara yang baik, bukan kutuk. bukan hina. bukan backstabber.

takpe, aku masih sayang korang yang pernah jadi kawan aku. semua. tak kisahlah sekarang dia musuh atau paling rapat. aku masih dan sentiasa sayang korang.

No comments: